Program NILAM

NILAM (Reading Habit The Key to Knowledge- a reading programme implemented by the Ministry of Education commencing in 1999 which integrates various reading activities in schools. The main objective is to inculcate reading habit particulary among school children in order to produce a culture of reading among Malaysian citizens.)

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.  Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara keseluruhan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca di kalangan murid.   Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998: Program membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif Program:
·       Menjadikan murid banyak membaca
·      Menggalkakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat  membaca.

Ciri-Ciri Pelaksanaan NILAM:
·         Murid membaca dan merekod bahan bacaan
·         Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
·         Sekolah memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca.

Tahap Pelaksanaan:
Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada 2 tahap:
·         Tahap Jauhari
·         Tahap Rakan Pembaca

·       Tahap Jauhari
Ø  Semua pelajar wajib terlibat.
Ø  Pelajar sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
Ø  Pelajar sekolah menengah memulakan aktiviti tahap Jauhari sebaik sahaja masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.
Ø  Aktiviti - Pelajar membaca & merekod.  
      - Guru mengesahkan rekod pembacaan dan pelajar diberi pengiktirafan.

 
·         Tahap Rakan Pembaca
Ø  Layak memasuki Kumpulan Tahap RP setelah membaca 100 buah buku.
Ø  Perlu  dibimbing oleh guru (fasilitator).
Ø  Pelajar RP perlu mempunyai sifat sentiasa ingin berkongsi maklumat, amanah, buku di tangan, kepimpinan dan boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca.
Ø  Markah diberi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Contoh aktiviti Rakan Pembaca (Formal / tidak formal)
Ø     Bercerita
Ø     Membaca bersama
Ø     Ulasan buku
Ø     Bicara buku
Ø     Meminjamkan buku kepada rakan


Sistem Ganjaran Dan Pengiktirafan (Keseluruhan / Akumulatif):
Selepas tamat Tahun 6 atau Tingkatan 5, pencapaian akan dicatat dalam Sijil Berhenti Sekolah dan surat akuan sekolah seperti yang disarankan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 (bertarikh 12 Mei 2005)


Anugerah NILAM Kebangsaan
·            Diadakan setiap tahun mulai 2003.
·           Merupakan pengiktirafan tertinggi KPM terhadap usaha gigih murid-murid  yang   mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembacaan di sekolah-sekolah seluruh negara.


Setiap tahun Sarawak menghantar 4 calon untuk mewakili 4 kategori:
     i.  Kategori Sekolah Rendah Bandar
    ii.  Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
  iii.  Kategori Sekolah Menengah Bandar
  iv.  Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
   v.   Kategori Sekolah Rendah Pedalaman (diperkenalkan dalam tahun 2008)

Pencapaian Di Peringkat Kebangsaan:
2003          -     Adik Nadrah Bt Mohd Nadzir
                        (SK MelayuPusat,Limbang)  telah memenangi dua hadiah:
·      Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
·      Hadiah Panel Hakim

2008        -    Adik Veronica Anak Dextor Sudok (SK Padang Pedalai, Simunjan)
·   Johan Kategori Sekolah Pedalaman





Pemenang Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2006 Bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak dan KPP BTPN Sarawak



Pemenang Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2007
Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan



Pemenang Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2008
Bersama Timbalan Pengarah BTP, Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak
dan KPP BTPN Sarawak


Johan Kategori Sekolah Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2008
Veronica Anak Dextor Sudok (SK Padang Pedalai, Simunjan)

Tokoh Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2008
Arif Farhan (Kolej Abdillah, Kuching) menerima piala  daripada
Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
Kementerian Pelajaran Malaysia


Pemenang Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2009


Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sarawak (SK Ulu Lubai, Limbang & SMK Sacred Heart, Sibu)